Untung bersih UMediC Group melonjak 5 kali ganda kepada RM3.37 juta pada 4QFY23

Sep 12, 2023 | News | 0 comments

KUALA LUMPUR 12 Sept – Untung bersih UMediC Group Berhad bagi suku keempat berakhir 31 Julai 2023
(4QFY23) melonjak hampir lima kali ganda kepada RM3.37 juta berbanding RM568,000 bagi suku sama tahun lalu.

Keuntungan itu disokong oleh permintaan yang lebih tinggi untuk peranti perubatan dan bahan habis pakai
dari kedua-dua hospital awam dan swasta.

Kumpulan itu berkata, pendapatan bagi suku itu melonjak kepada RM12.02 juta, daripada RM7.41 juta setahun lalu.

Perolehan sesaham berada pada 90 sen, berbanding 0.15 sen sebelumnya.

UMediC tidak mengisytiharkan sebarang dividen.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2023 (FY23) untung bersih kumpulan meningkat kepada RM10.32
juta daripada RM6.43 juta, walaupun mencatatkan hasil yang lebih rendah sebanyak RM45.43 juta berbanding RM50.74 juta.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif UMediC, Lim Taw Seong berkata, keputusan itu disebabkal oleh prestasi kukuh bahagian pembuatannya.

Beliau berkata, pada masa hadapan, kumpulan it melihat pertumbuhan berterusan dalam perniagaannya.

“la didorong pertumbuhan positif pasaran peranti perubatan global dengan unjuran mencecah AS$799.7 bilion (RM3.74 trilion), kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 5.9% antara 2023 hingga
2030.

“Apabila kesedaran global terhadap kesihatan meningkat, bilangan pesakit yang menjalani prosedur diagnostik dan pembedahan awal akan meningkat.

“Akibatnya, ia melonjakkan permintaan global untuk peranti perubatan dan bahan guna perubatan,”

katanya.– Dagangnews  –

0 Comments