UMediC dapat kelulusan untuk disenaraikan di pasaran ACE

by | May 27, 2022 | News | 0 comments

KUALA LUMPUR, 27 Mei- UMediC Group Bhd mendapat kelulusan pihak Bursa Malaysia Securities Bhd dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia. Dalam satu kenyataan semalam, syarikat itu berkata menjelang penyenaraian itu, UMediC akan melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) yang merangkumi terbitan awam sebanyak 97.22 juta saham-saham baharu. Ini termasuk 18.69 juta saham yang akan ditawarkan kepada orang awam Malaysia manakala 13.08 juta diperuntukkan kepada pengarah, pekerja dan rakan perniagaan yang layak dan telah menyumbang kepada kejayaan syarikat. Baki 65.44 juta saham baharu UMediC akan turut ditawarkan menerusi penempatan persendirian kepada pelabur terpilih. UMediC secara dasarnya menceburi bidang pemasaran dan pengedaran pelbagai peranti perubatan berjenama serta penyediaan perkhidmatan selepas jualan untuk semua produknya.

by Media Baharu

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.