UMediC catat untung bersih RM1.29 juta bagi 3QFY22 didorong permintaan tinggi untuk peranti perubatan

Jul 22, 2022 | News | 0 comments

KUALA LUMPUR 22 Julai – UMediC Group Berhad mencatatkan untung bersih RM1.29 juta bagi suku kewangan ketiga berakhir 30 April2022 (3QFY22) dengan hasil sebanyak RM6.47 juta. 

Bagaimanapun, tiada angka perbandingan bagi suku yang sama sebelumnya kerana ia adalah penyata kewangan interim pertama yangdiumumkan selaras dengan keperluan penyenaraian Bursa Malaysia. 

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 April 2022, UMediC mencatatkan untung bersih RM5.86 juta dengan hasil RM43.33 juta. 

Prestasi cemerlang kumpulan itu disumbangkan permintaan yang lebih tinggi untuk peranti perubatan dan bahan guna pakai daripadakedua-dua hospital awam dan swasta selain penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan. 

Walaupun pandemik COVID-19 merupakan faktor penyumbang tetapi sumbangan hasil juga adalah daripada proses penukaran perantiperubatan yang tamat jangka hayatnya atau perlu dinaik taraf. 

“Selain itu, pendapatan kumpulan juga disumbangkan daripada segmen pembuatan dan jualan pelembap praisi siri HydroX,” katanyadalam satu kenyataan, hari ini. 

UMediC berkata, industri peranti perubatan di Malaysia dijangka didorong oleh wabak yang berterusan dan permintaan yang terhasiluntuk perkhidmatan penjagaan kesihatan, terutamanya dalam jangka pendek. 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lim Taw Seong berkata, pihaknya berbangga kerana pendapatan pada 3QFY22berjaya mengatasi prestasi kewangan untuk FYE21. 

Beliau berkata, pencapaian itu menunjukkan permintaan pasaran yang kukuh untuk peranti perubatan serta bahan pakai buangmemandangkan kesedaran yang tinggi untuk penjagaan kesihatan yang berkualiti. 

“Kami gembira produk dan perkhidmatan kami dapat membantu negara semasa pandemik. 

“Semasa peralihan fasa ini, kami menjangkakan lebih banyak peralatan perlu diganti atau dinaik taraf,” katanya. – DagangNews.com 

(dagangnews.com) 

0 Comments