Bursa Malaysia ditutup tinggi

Aug 2, 2022 | Uncategorized | 0 comments

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan trajektori meningkat untuk sesi keempat berturut-turut pada Isnin dengan melepasi paras psikologi 1,500 mata didorong oleh belian lerutama bagi saham perladangan dan tenaga, kata peniaga.

Pada 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.84 mata atau 0.65 peratus untuk berakhir pada 1,502.07 daripada 1,492.23 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.44 mata lebih tinggi”kepada 1,492.67 sebelum bergerak di antara 1,490.69 dengan 1,503.83 sepanjang dagangan semalam.

Pasaran secara keseluruhannya positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 546 berbanding 355, manakala 407 kaunter tidak berubah, 934 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung. Jumlah dagangan susut kepada 2.38 bilion unit bernilai RM1.49 bilion daripada 2.79 bilion unit bernilai RM1.98 bilion pada Jumaat lepas.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks-indeks serantau utama juga berada dalam lingkungan positif susulan isyarat baik daripada Wall Street pada Jumaat lepas.

Sementara itu, aktiviti sektor perkhidmatan China dilaporkan terus rancak di negara itu walaupun berlaku kelembapan dalam pembuatan, dan ini memberikan sedikit rangsangan kepada sentimen pelabur.

Bagi bursa tempatan, beliau berkata FBM KLCI meneruskan aliran menaik, dipacu pembelian asing yang berterusan.

“Selepas paras rintangan 1,500 kami menjangkakan indeks penanda aras kekal positif buat masa ini walaupun kami tidak menolak kemungkinan wujudnya beberapa pengarflfeftan untung.

“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI bergerak lebih tinggi dalam julat 1,495hingga 1,515 untuk minggu ini, dengan rintangan serta-merta pada 1,530 dan sokongan pada 1,460,” katanya kepada Bernama.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Maybank naik satu sen kepada RM8.87, Petronas Chemicals menokok tujuh sen kepada RM8.95;- IHH Healthcare meningkat 11 sen kepada RM6.50, CIMB menambah empat sen kepada RM5.25, manakala ‘ Public Bank tidak berubah pada RM4.64.

Antara saham aktif, CSH Alliance naik setengah sen kepada 7.5 sen, Dagang NeXchange menokok dua sen kepada 82.5 sen, UMediC melonjak enam sen kepada 55 sen, manakala Metronic Global dan Sedania masing-masing turun 1.5 sen kepada 12.5 sen dan 42 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 66.31 mata kepada 10,668.22; Indeks FBM Emas Syariah melonjak 98.32 mata kepada 10,833.09; Indeks FBMT 100 naik 59.69 mata kepada 10,412.57; FBM ACE menokok 60.74 mata kepada 4,908.74, dan FBM 70 naik 38.88 mata kepada 12,797.32.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan melonjak 120.84 mata kepada 7,119.18; Indeks Barangaan dan Perkhidmatan Perindustriannaik 1.66 mata kepada 186.03;  Indeks Tenaga menambah 4.77 mata kepada 676.01 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 18.4 mata kepada 16,663.81.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 1.60 bilion saham bernilai RM1.24 bilion daripada 1.86 bilion saham bernilai RM1.65 bilion pada Jumaat lepas. Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 280.89 juta unit bernilai RM55.42 juta daripada 337.16 juta unit bernilai RM67.03 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula sebanyak 496.33 juta saham bernilai RM199.01 juta berbanding dengan 590.81 juta saham bernilai RM263.41 juta pada Jumaat minggu lepas.

Kaunter barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 169.50 juta’ saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (732.64 juta), pembinaan (64.99 juta), teknologi (218.19 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (34.17 juta), hartanah (95.24 juta), perladangan (50.10 juta), REIT (7.72 juta), dana tertutup (5,500), tenaga (135.35 juta), penjagaan kesihatan (56.94 juta), telekomunikasi dan media (11.96 juta), pengangkutan dan logistik (11.57 juta) serta utiliti (12.04 juta).

– Bernama .

0 Comments